Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

Wednesday 7 March 2012

TIPS PERKAHWINAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS

TIPS PERKAHWINAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS 

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

Tuesday 6 March 2012

Mimpi Seorang Nabi


Abu Laith as-Samarqandi adalah seorang ahli feqah yang terkenal. Beliau pernah mendengar satu cerita daripada ayahnya tentang mimpi yang dialami oleh seorang nabi. Mimpi seorang nabi adalah wahyu Allah kepada nabi terbabit.

Dalam tidurnya Nabi itu bermimpi menerima perintah: “Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke sebelah barat. Engkau dikehendaki berbuat: pertama, apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah. Kedua engkau sembunyikan. Ketiga, engkau terimalah. Keempat, jangan engkau putuskan harapan dan kelima, larilah engkau daripadanya.”

Monday 5 March 2012

Ibnu Katsir meriwayatkan di dalam Bidayah Wan Nihayah, ketika Umar Al-Khattab menjadi khalifah, beliau pernah meminang adik kepada Aisyah r.a. iaitu Ummu Kaltsum. Di dalam hal ini Umar telah mengirim surat menyatakan kepada Aisyah hasratnya. Namun Ummu Kalthum berkata, “Aku tidak mahu menikahinya.”
“Apakah engkau menolak Amirul Mukminin?”, tanya Aisyah.
“Ya, sebab hidupnya miskin,” jawab Ummu Kalthum.
Akhirnya Aisyah mengirim surat kepada Amru Bin Al-Ash agar Amru berusaha memalingkan keinginan Umar dari menikahi dengan adiknya. Umar kemudian berkahwin dengan anak Ali bin Abi Talib.

Thursday 1 March 2012

Wednesday 29 February 2012

Pedoman Semua


Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu ...solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?

Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.