Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

Tuesday 6 March 2012

Mimpi Seorang Nabi


Abu Laith as-Samarqandi adalah seorang ahli feqah yang terkenal. Beliau pernah mendengar satu cerita daripada ayahnya tentang mimpi yang dialami oleh seorang nabi. Mimpi seorang nabi adalah wahyu Allah kepada nabi terbabit.

Dalam tidurnya Nabi itu bermimpi menerima perintah: “Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke sebelah barat. Engkau dikehendaki berbuat: pertama, apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah. Kedua engkau sembunyikan. Ketiga, engkau terimalah. Keempat, jangan engkau putuskan harapan dan kelima, larilah engkau daripadanya.”


Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya manuju je sebelah barat, seperti mana yang diarahkan. Kebetulan perkara pertama yang dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Sambil kebingungan berliau berkata “Aku perintahkan memakan benda yang pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan.”

Nabi itu meneruskan perjalanan mendekati bukit. Ketika dia menghampirinya , tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebuku roti. Mana Nabi itu mengambil dan memakannya. Bila di telan rasanya sungguh manis bagaikan madu. Kemudian dia meneruskan perjalanan dan bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan. Lantas Nabi itu pun menggalikan lubang lalu ditanam mangku emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamnya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka Nabi pun berkata: “Aku telah melaksanakan perintahmu” Lalu Nabi itu meneruskan perjalanan tanpa disedari mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika meneruskan perjalanan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengar burung kecil itu berkata: “Wahai Nabi Allah, tolonglah aku. “Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dimasukkan ke dalam bajunya. Melihat keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata: “Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dan rezekiku”.

Gambar Sekadar Hiasan

Nabi itu teringatkan pesanan dalam mimpinya iaitu tidak boleh putuskan harapan. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang bebas. Perjalanan diteruskan lagi. Tidak lama kemudian dia bertemu dangan satu bangkai yang amat busuk. Maka Nabi tu terus lari meninggalkannya kerana tidak tahan bau busuknya.
setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka Nabi itu pun kembali ke rumahnya. Pada malam itu dia berdoa: “Ya Allah, aku telah melaksanakan perintah-MU sebagaimana yang telah diberitahu dalam mimpiku. Maka jelaskannya erti semuanya itu”.
Dalam mimpinya kali ini beliau telah diperjelaskan setiap perkara tentang pengalaman yang dilaluinya oleh Allah Ta’ala.
Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit, tetapi akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis dari madu. Kedua semua amal kebajikan (budi) walaupun disembunyikan, maka ia akan tetap nampak juga. Ketiga, jika sudah menerima amanah orang, maka jaganlah kamu khianatinya. Keempat, jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuk membantunya meskipun engkau sendiri berhajat. Kelima, bau busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang), maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah”.
Yakinlah setiap suruhan Allah ada hikmahnya kepada manusia. Begitu juga setiap tegahannya ada rahsia yang tersembunyi. Lakukanlah segala suruhanNYA dan tinggalkanlah laranganNYA dengan hati yang ikhlas demi mengharapkan keredahanNYA. Pasti di sana nanti akan terserlah segala kebaikannya.

Sumber: Majalah wanita 2001


0 comments:

Post a Comment